ISTIMEWANYA
WANITA
1.
Doa
wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2.
Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3.
Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya,derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan
Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
4.
Barang
siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5.
Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W)
di dalam syurga.
6.
Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.
7.
Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9.
Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).
12. Aisyah
r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
13. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
---------------------------------------------------------------------
Tidak ada komentar:
Posting Komentar